Thursday, September 14, 2006

Naib Johan

Rasanya mungkin korang semua tertanya-tanya pertandingan apa yang si adik (lola) ikut. Em bukan senang dapat naib johan di peringkat negeri.

Setahu saya, nuar pernah mendapat tempat ke tiga pertandingan melukis poster peringkat negeri.

Kalau sia, peringkat estet pun tidak ada menang. Aduh...aduh kasihan. Tapi sebenarnya selain mau bagi tahu yang si adik dapat tempat ke dua pertandingan ___________ peringkat negeri, em....baru-baru nie saya pun dapat numbur dua ba...hehehe...

Tapi bukan peringkat negeri la...Mau tau pertandingan apa sia ikut? Hahaha...mungkin ada di antara korang yang sudah tahu..kalau da tahu tu pssssssssttt (nie bukan kentut yang keluar ah) dlu.

Minggu nie sia akan publish semua cerita yang masih belum terpublish....hehehe...sabar ye.

Good new ..Sia kembali aktif memblog :) Mau bersaing dengan tok penghulu dan mick.....

Yang lain tidak rasa tercabar ka?

Wednesday, September 13, 2006


Abang: "Tahniah ah adik ko menang. Nanti sampai di rumah kita bebagi ko punya hamper ah"

Adik: "bole ba..nanti la sampai di rumah dlu"



Em....nak tahu apa sebenarnya yang si adik menang? Sabar...story nye akan disiarkan dalam minggu ni juga ...hehehe

Amboi...begayanya si adik nie...Kalau nak tau inilah gaya seorang naib johan _________________ peringkat negeri. Em nampaknya sia da bagi sedikit clue pada ahli masin-asin :)
Dapat teka apa dia?

Thursday, February 16, 2006

Nyamuk Tiruk Betina atau mangga sebagai penyebabnya?

Menurut mama, semasa saya kecil, lebih sembilan kali saya kena demam malaria. Jika dihitung sana dan sini, bolehlah masuk dalam Masin-Asin Book of Records.

"Kalau kau demam, kami risau sudah. Apa tidak setiap kali periksa darah, mesti kau kena malaria" em inilah kata-kata mama yang masih saya ingat sampai sekarang.

Tidak senang tidur?, menggigil kesejukan walaupun ketika suhu badan yang tinggi?, nampak rumah seperti terbakar dan berpusing-pusing?, muntah-muntah? Ini adalah perkara yang harus saya hadapi jika demam malaria menyerang.

Oleh kerana saya selalu kena malaria, mama dan bapa melarang saya makan buah mangga apabila tiba musim berbuah.

"Sikit-sikit bolehlah tapi jangan makan banyak" pesan mama bapa.

Tetapi setiap kali pokok mangga mula berbungga, sayalah orang pertama yang akan melontarkan kegembiraan. Apa tidaknya, buah mangga mentah (terutamanya mangga air) tanpa 'sagar' sudah terbayang-bayang ditambah lagi dengan garam dan lada yang secukup rasa.

Opss..selain saya, Minah, Nuar dan Mick adalah orang yang menjadi pencabar utama. Kekadang tu, diorang lagi yang kuat makan mangga. Tetapi selalunya, kami ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sama-sama kuat makan mangga.Hehehe.

Suatu hari, saya kena demam. Seluruh badan menjadi panas. Bapa pun tanya saya, kau ada pergi ambil mangga kah?Kau ada makan mangga kah?

Saya jawab Ya.

Bila periksa darah di Klinik Tandek, sah kena malaria (em ...malaria lagi).

Sebelum itu pun, bapa dan mama pernah memarahi saya atas perkara yang sama iaitu awal-awal pagi menjenguk dua pokok mangga air yang tumbuh di tanah kita dan kembali dengan sebaldi mangga dan sah kena malaria juga adoi!!

Apa lagi, bapa sangat-sangatlah marah dan mahu menebang dua pokok mangga tersebut. Namun hasrat itu dibatalkan kerana saya sudah berjanji tidak makan mangga lagi.

Peristiwa ini berlaku ketika saya masih di sekolah rendah lagi. Sekarang, dua pokok mangga tersebut sudah ditebang akibat kepesatan arus pembangunan (pembesaran sawah padi lah katakan hehehe).

Persoalannya, adakah makan mangga itu penyebab malaria atau nyamuk menjadi puncanya?

Fikirkan!
A BRANCH OF MASIN ASIN COMMUNITY