Sunday, June 12, 2005


SENJA YANG MEMPERSONAKAN...

SIMPANG MENGAYAU's TRIP...Bah ahli-ahli community yang lain, if kita ada masa yang terluang, rancang-rancanglah supaya kita semua dapat 'jalan-jalan'....Sukar di laksanakan tapi tak mustahil....

Wednesday, April 20, 2005


Gambar ketika berada di Penang..di belakang tu adalah kenderaan beroda tiga..Jom naik? Posted by Hello

Sunday, January 23, 2005

Our Picture

Buat pertama kalinya saya melihat gambar kita di Masin Asin Community (MAC), reaksi pertama yang timbul secara spontan ialah "TERSENYUM" dan apa yang pasti, senyuman ini tidak hanya bersendirian tetapi disusuli dengan satu, dua, tiga, empat dan seterusnya...
"IMBAUAN" kemudiannya datang menemani saya menceritakan segala hal yang tersirat di sebalik 'sekeping' gambar tersebut. Ya sememangnya gambar ini sesuatu yang amat bernilai dan menjadi ingatan setiap saat dan jika kita berfikir "oh saya mempunyai gambar lain yang lebih bernilai untuk menggantikannya"...dengan sendirinya kita akan menyangkalnya.....kerana kita menyedari bahawa "HANYA INILAH SATU-SATUNYA GAMBAR YANG KITA ADA", "GAMBAR KITA SEKELUARGA"
Akan adakah masa dan ruang seperti ini hadir di masa mendatang?...Jika kita berjaya memiliki sekeping gambar lain yang memuatkan kita semua....kegembiraan pasti amat dirasai.... kerana ia bukan hanya sekeping gambar tetapi ia adalah "KESATUAN"
Biarlah gambar ini terus menjadi penyeri kepada MAC agar setiap kali kita melayarinya.....kita SENTIASA diingatkan tentang "KESATUAN KELUARGA YANG KITA SAYANGI"

Malam dan siang bertukar ganti
Membawa kita terus ke depan
Ingatan sesaat jangan di henti
Kasih keluarga akan berpanjangan
A BRANCH OF MASIN ASIN COMMUNITY