Thursday, February 16, 2006

Nyamuk Tiruk Betina atau mangga sebagai penyebabnya?

Menurut mama, semasa saya kecil, lebih sembilan kali saya kena demam malaria. Jika dihitung sana dan sini, bolehlah masuk dalam Masin-Asin Book of Records.

"Kalau kau demam, kami risau sudah. Apa tidak setiap kali periksa darah, mesti kau kena malaria" em inilah kata-kata mama yang masih saya ingat sampai sekarang.

Tidak senang tidur?, menggigil kesejukan walaupun ketika suhu badan yang tinggi?, nampak rumah seperti terbakar dan berpusing-pusing?, muntah-muntah? Ini adalah perkara yang harus saya hadapi jika demam malaria menyerang.

Oleh kerana saya selalu kena malaria, mama dan bapa melarang saya makan buah mangga apabila tiba musim berbuah.

"Sikit-sikit bolehlah tapi jangan makan banyak" pesan mama bapa.

Tetapi setiap kali pokok mangga mula berbungga, sayalah orang pertama yang akan melontarkan kegembiraan. Apa tidaknya, buah mangga mentah (terutamanya mangga air) tanpa 'sagar' sudah terbayang-bayang ditambah lagi dengan garam dan lada yang secukup rasa.

Opss..selain saya, Minah, Nuar dan Mick adalah orang yang menjadi pencabar utama. Kekadang tu, diorang lagi yang kuat makan mangga. Tetapi selalunya, kami ibarat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sama-sama kuat makan mangga.Hehehe.

Suatu hari, saya kena demam. Seluruh badan menjadi panas. Bapa pun tanya saya, kau ada pergi ambil mangga kah?Kau ada makan mangga kah?

Saya jawab Ya.

Bila periksa darah di Klinik Tandek, sah kena malaria (em ...malaria lagi).

Sebelum itu pun, bapa dan mama pernah memarahi saya atas perkara yang sama iaitu awal-awal pagi menjenguk dua pokok mangga air yang tumbuh di tanah kita dan kembali dengan sebaldi mangga dan sah kena malaria juga adoi!!

Apa lagi, bapa sangat-sangatlah marah dan mahu menebang dua pokok mangga tersebut. Namun hasrat itu dibatalkan kerana saya sudah berjanji tidak makan mangga lagi.

Peristiwa ini berlaku ketika saya masih di sekolah rendah lagi. Sekarang, dua pokok mangga tersebut sudah ditebang akibat kepesatan arus pembangunan (pembesaran sawah padi lah katakan hehehe).

Persoalannya, adakah makan mangga itu penyebab malaria atau nyamuk menjadi puncanya?

Fikirkan!
A BRANCH OF MASIN ASIN COMMUNITY